Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Friends of BN – Barisan National, rata-rata netizen menyelar tindakan biadap wanita berkenaan.
Dalam kejadian di restoran Secret Recipe itu, wanita terbabit datang bersama suami dan anak kecilnya untuk makan di restoran berkenaan selepas membeli belah.
Namun hanya kerana salah faham kecil, menyebabkan wanita itu mengamuk dam mula melemparkan makanan ke arah pelayan wanita itu.
Difahamkan, keluarga ini telah memesan makanan dengan seorang pelayan lelaki dan tidak beberapa lama kemudian, makanan dan dua minuman dihantar ke meja mereka. Di kesempatan itu, mereka turut memesan minuman tambahan.
Bagaimanapun, dalam keadaan restoran yang penuh dengan pelanggan, minuman tambahan tersebut lambat dihantar kepada mereka.
Apabila minuman tambahan itu dihantar kepada mereka oleh seorang pelayan perempuan, ibu kepada dua anak kecil itu mula mengamuk tak puas hati menyebabkan berlakunya insiden lempar makanan.
Si Suami cuma menenangkan isterinya dan pelayan wanita itu. Namun keadaan bertambah buruk apabila isterinya enggan beralah dan terus menerus melempar makanan pada pelayan terbabit.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)