SHOPPE

Kerana Selfie Di Tepi Sungai Tiga Sekeluarga Mati

Share:
Kerana Selfie Di Tepi Sungai Tiga Sekeluarga Mati




PESHAWAR: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika cuba mengambil gambar selfienya di Sungai Kunhar, utara Pakistan.




Difahamkan, kedua ibu bapanya juga maut ketika cuba menyelamatkan anak mereka daripada lemas di bawa arus sungai yang terkenal bagi mereka yang meminati sukan rakit.

“Satia Atif cuba mengambil gambarnya di tepi sungai tetapi dia tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai yang deras itu,” kata pegawai polis, Arshad kepada AFP.

Ketika kejadian, ibu Safia, Shazia Atif segera terjun ke dalam sungai tersebut untuk meyelamatkan anaknya tetapi dia juga dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

“Apabila melihat isteri dan anaknya sedang hanyut dibawa arus, bapanya Atif Hussain juga terjun untuk menyelamatkan mereka namun dia juga ditimpa nasib yang sama.

“Walau bagaimanapun, mayat Safia dan Shazia telah ditemui dan mayat Atif masih dalam proses pencarian,” tambahnya.

Tambah Arshad, Atif dan Shazia merupakan doktor dari wilayah Punjab dan mereka mengunjungi sungai tersebut untuk bercuti bersama keluarga.

Mereka meninggalkan anak perempuan berusia 9 tahun dan anak lelaki berusia 6 tahun, yang turut berada di tempat kejadian menyaksikan ibu bapa dan kakak mereka mati lemas di depan mata mereka.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah