SHOPPE

Pasangan Gay ‘Lahirkan’ Kembar Tiga

Share:
Pasangan Gay ‘Lahirkan’ Kembar Tiga



CRISTO dan Theo Menelaou menjadi pasangan gay pertama memiliki anak kembar tiga melalui kaedah ibu tumpangan yang dilahirkan 2 Julai lalu.




Dua embrio masing-masing daripada sperma Christo dan Theo disenyawakan di dalam rahim wanita tersebut yang melahirkan seorang bayi lelaki dan dua perempuan.

Oleh itu secara teknikalnya ketiga-tiga bayi kembar yang dikenali sebagai Joshua, Zoe dan Kate ialah anak kandung kepada pasangan gay itu kerana memiliki DNA mereka.

Dipetik daripada laporan Metro.co.uk, ketiga-tiga bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan 31 minggu dan kini berada dalam keadaan selamat di rumah pasangan itu di Pretoria, Afrika Selatan.

“Ada satu tanggapan bahawa mustahil untuk menjadi ibu bapa apabila anda adalah gay, walaupun kita mahukannya,” kata Christo kepada Sky News.

Christo berkata, mereka tidak pernah terfikir akan menemui seseorang yang mahu menjadi ibu tumpangan kepada mereka.


Pasangan itu berjumpa ibu tumpangan kepada anak kembar mereka selepas perbicaraan atlet Olimpik dan Paralimpik, Oscar Pistorius yang dituduh membunuh kekasihnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah