SHOPPE

Along Cham Dan Zila AF4 Sah Bercerai Talak Satu

Share:
Along Cham Dan Zila AF4 Sah Bercerai Talak Satu


PERKAHWINAN yang dibina pelakon dan pelawak Along Cham bersama Zila Seeron hanya bertahan selama enam tahun apabila mereka telah disahkan bercerai talak satu, hari ini.




Along Cham atau nama lengkapnya, Muhammad Nizamudin Ahmad melafazkan cerai terhadap Zila; 28, pada kira-kira pukul 10.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

Memetik mStar, Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron dilihat cuba bersalaman dengan Along namun ditolak oleh pelawak berusia 33 tahun itu.


KREDIT FOTO: FORUM CARI

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial; 5.

Media sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak yang dipercayai Zila ditangkap sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 13 Ogos lalu selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus suami orang di sebuah kondominium di Bukit Jalil.

Semasa diserbu, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah