SHOPPE

Abang Ipar Tiri Bunuh Edrus Didakwa Hukum Gantung Sampai Mati

Share:
Abang Ipar Tiri Bunuh Edrus Didakwa Hukum Gantung Sampai Mati



Abang Ipar Tiri Bunuh Edrus Didakwa Hukum Gantung Sampai Mati|Abang ipar tiri kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham yang ditemui mati Khamis lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh mangsa berusia lima tahun itu.




Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh yang juga mekanik, Norhamid Nor Muhamad, 26, yang hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju kemeja berwarna kuning kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh kanak-kanak lelaki itu pada 5.30 pagi, 12 Ogos lalu di bengkel kereta di Blok C, Lorong 5/16C, Kawasan Perumahan Awam, Jinjang Utara, Sentul.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Dalam kejadian 11 Ogos lalu, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar menunaikan solat Maghrib di Surau Al Hijrah di Jinjang Utara, di sini.

Selepas seminggu usaha dijalankan, kanak-kanak itu ditemui mati di dalam gaung di Kampung Kemensah, Hulu Klang.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah