SHOPPE

Lelaki OKU Pekak, Bisu Ini Ditembak Ketika Cuba Berkomunikasi Dengan Polis

Share:
Lelaki OKU Pekak, Bisu Ini Ditembak Ketika Cuba Berkomunikasi Dengan Polis



NORTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bapa yang merupakan golongan pekak dan bisu ditembak mati oleh polis selepas cuba untuk berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa isyarat.




Daniel Kevin Harris, 29, ditahan polis pada Khamis lalu selepas dia memandu melebihi had laju di North Carolina ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Difahamkan, anggota polis terlibat telah mengarahkan Harris untuk berhenti namun dia tetap meneruskan pemanduannya sehingga sampai ke rumahnya tersebut.

Ketika turun dari kenderaan, polis negeri, Jermaine Saunders telah melepaskan tembakan ke arah Harris yang tidak bersenjata pada waktu itu dan dia dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, saksi kejadian tersebut memaklumkan bahawa Harris cuba menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi dengan anggota polis tersebut namun dia kelihatan seperti ditembak serta-merta sejurus keluar dari kenderaan.

Menurut laporan WCCB, Saunders memaklumkan bahawa dia telah menembak Harris kerana lelaki itu tidak mengikut arahannya.

Abang kepada Harris, Jay berkata adiknya tidak bersenjata dan dia adalah individu yang pekak.

“Saya fikir dia hanya takut pada waktu kejadian itu.

“Dia tidak dapat mendengar arahan mereka untuk menghentikan kenderaan atau menjauhkan diri dari mereka,”kata Jay. - Sinar Harian




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah