SHOPPE

Atlet China Beri Jawapan ‘Datang Bulan’ Curi Tumpuan

Share:
Atlet China Beri Jawapan ‘Datang Bulan’ Curi Tumpuan



RIO – Seorang atlet renang China menjadi tumpuan dunia apabila dengan jujur menjadikan ‘datang bulan’ sebagai jawapan apabila ditanya mengapa dia tidak beraksi dengan baik ketika acara renang medley wanita, 4×100 meter.




Ketika pasukan tersebut ditemuramah oleh stesen televisyen tempatan, Fu Yuanhui dilihat sedang menahan kesakitan yang dialaminya sehingga menyebabkan dia tidak boleh berdiri dengan sempurna.


Fu kemudian meminta maaf kepada ahli sepasukannya kerana tidak dapat melakukan yang terbaik semasa acara tersebut sebelum mengakui sebenarnya dia sedang mengalami sakit perut kerana datang bulan.

“Saya minta maaf kerana tidak beraksi dengan baik. Saya datang bulan malam semalam dan saya sangat letih buat masa ini.

“Tapi ini bukannya satu alasan, saya masih tidak melakukan yang terbaik,” kata Fu kepada CCTV.

Pasukan renang medley China mendapat tempat keempat dalam acara tersebut.

Sebelum ini Fu juga berjaya mencuri perhatian apabila membuat ekspresi muka yang melucukan selepas terkejut apabila diberitahu dia beraksi dengan cemerlang dalam satu acara renang yang lain.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah