SHOPPE

Selesai Luar Mahkamah, Depp Bayar Ex-Wife RM28 Juta

Share:
Selesai Luar Mahkamah, Depp Bayar Ex-Wife RM28 Juta



PASANGAN selebriti Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard akhirnya mencapai kata sepakat menyelesaikan kes penceraian mereka di luar mahkamah.




Dalam kenyatan media, mereka menyatakan kedua-duanya tidak berniat untuk ‘mendera’ emosi dan fizikal masing-masing.

“Perhubungan kami berjalan dalam suasana romantis namun ada juga masa pasang surutnya, tapi apa-apa pun kami memang saling menyayangi di antara satu sama lain,” tulis kenyataan itu.

Susulan itu, aktor yang dikenali dengan watak Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Carribean itu bersetuju untuk membayar wang pampasan penceraian sebanyak AS$7 juta (RM28 juta) terhadap bekas isterinya.

Amber; 30, sebelum ini memfailkan penceraian pada Mei lepas dan menuntut perintah mahkamah agar Johnny dilarang daripada mendekatinya pada jarak 100 meter.

Baca: Amber Heard Tuntut Cerai Daripada Johnny Depp

Juga: Dakwa Pukul Amber: Bekas Kekasih Pertahan Johnny Depp

Walau bagaimanapun, aktor berusia 53 tahun itu menafikan dakwaan dia ada mencederakan Amber.

Pasangan itu berkahwin pada 3 Februari 2015 selepas menyulam cinta ketika menjalani penggambaran filem The Rum Diary.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah