SEORANG ibu didakwa gara-gara menggunakan kekerasan terhadap anak gadisnya yang berusia 21 tahun dalam kejadian cukup pelik di Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Memetik laman berita Indonesia, difahamkan Karen Ann Fritz tidak dapat menahan amarahnya bertindak melucutkan bra yang dipakainya lalu memukul anak perempuannya menggunakan baju dalam tersebut.
Berdasarkan keterangan polis di Lititz, wanita berusia 51 tahun itu didakwa kerana perlakuan ganas dan penderaan. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan ringan, menurut laman WWWN pada 15 Ogos.
Berdasarkan hasil siasatan polis, mereka mendapati peristiwa luar biasa itu berlaku pada Rabu lalu kira-kira pukul 7.11 malam waktu tempatan.
Jelas anggota polis yang menerima laporan berkaitan kejadian itu, mereka terus bergegas ke tempat kejadian yang terlelatak di salah sebuah blok kediaman di Keller Driver.
Tambah mereka, laporan itu dibuat oleh jiran mangsa yang kebetulan mendengar kekecohan pertengkaran antara si ibu dan anak gadisnya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)