MENJIJIKKAN…tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di tugu peringatan perang di Essex, seorang wanita yang juga ibu kepada lima anak dengan selambanya telah kencing di situ.
Ia merupakan perbuatan memalukan kali kedua yang dilakukannya di situ.
Perbuatan Kelly Martin, 42, yang telah melondehkan seluar dan `menonggek’ punggung di situ lalu kencing, telah dirakamkan dan kemudiannya disebarkan melalui media sosial.
Malah apabila dia ditegur oleh polis, Kelly yang dalam keadaan mabuk telah memarahi polis terbabit. Susulan itu dia telah dihadapkan ke mahkamah.
Salah seorang saksi ketika memberikan keterangan memberitahu, seramai 15 hingga 20 orang berada di situ ketika Kelly kencing secara terbuka. Ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pula terpaksa menutup mata anak mereka.
“Pada saya tugu peringatan perang itu adalah tempat di kita memperingati mereka yang telah berkorban untuk negara.
“Kita sentiasa mengingati mereka dalam hati kita tetapi saya jijik dengan seseorang yang melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya ketika memberikan keterangan.
Susulan perbuatan tidak senonoh itu juga, pesara tentera telah meminta supaya Kelly mengemukakan permohonan maaf secara bertulis dan verbal kerana tindakannya itu dan dia juga dilarang daripada memijak kaki di tugu berkenaan lagi.
Dalam pada itu, mahkamah memutuskan Kelly bersalah dan hukuman ke atasnya akan ditetapkan pada 25 Ogos ini.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)