SHOPPE

Awas!!!..Gigitan Cinta Boleh Membawa Maut

Share:
Awas!!!..Gigitan Cinta Boleh Membawa Maut



KEPADA mereka yang suka sangat dengan `love bite’ atau gigitan cinta, sila ambil perhatian. Seorang remaja lelaki telah meninggal dunia gara-gara gigitan cinta yang dilakukan oleh teman wanitanya.




Julio Macia Gonzalez yang berasal dari Mexico ini, mengalami angin ahmar dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pakar percaya gigitan cinta itu telah membentuk darah beku yang membawa ke otak remaja berusia 17 tahun itu.

Teman wanitanya yang berusia 24 tahun itu dilaporkan telah melarikan diri dan keluarga Julio kini meletakkan kesalahan ke atas wanita itu susulan kematian Julio.

Gigitan cinta adalah keadaan di mana seseorang itu menyedut kulit individu lain hingga mengakibatkan lebam dan dalam sesetengah kes ia boleh mengakibatkan bahaya.

Sebelum ini di New Zealand, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh akibat darah beku yang membawa ke jantung.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah