Alia, seorang janda yang berasal dari Liverpool dan mempunyai anak lelaki berusia dua tahun itu bagaimanapun tidak kisah jika suatu masa nanti dia akan kembali ke klinik untuk menjalani suntikan bagi membesarkan lagi bibirnya itu.
Walaupun bibirnya itu sering menjadi tumpuan ramai dan dikritik ramai namun Alia tidak mempedulikannya kerana baginya, bibir yang tebal itu adalah sesuatu yang diingininya.
“Saya tidak pernah melakukan apa-apa dengan duit gaji saya sebagai pekerja sosial dan ia banyak dihabiskan kepada anak saya.
“Kini saya menggunakan untuk bibir saya tetapi anak saya tetap menjadi keutamaan,’’ katanya yang mula menjalani rawatan untuk membesarkan bibir pada hari jadinya yang ke-29.
Jelasnya, ketika itu dia menggunakan wang hadiah daripada kakak dan ibunya untuk membayar rawatan terbabit.
Dengan bibir yang sedemikian rupa, Alia berjaya menarik ramai pengikut dalam instragramnya, dengan ramai yang memuji dan mahu dia membesarkan lagi bibirnya itu.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)