HAMPIR dua bulan menanti bas yang dibeli secara tunai, penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi ‘berputih mata’ selepas barang yang dibeli masih belum diterima.
Bas tersebut dibeli dengan harga RM220,550 pada 22 Jun lalu melalui sebuah syarikat automotif yang menjalankan operasi di Jalan Chain Ferry, Butterworth, Pulau Pinang.
Dalam video yang dimuatnaik Ustaz Abdullah hari ini di laman Facebooknya berkata, sehingga hari ini, beliau tidak menerima bas yang dibeli hasil kutipan derma itu walaupun pada awalnya dijanji akan diserahkan kepadanya pada 4 Julai lalu.
“Sampai sekarang, saya masih belum terima dan membuat laporan polis.
“Saya masih ternanti-nanti bas yang dikatakan telah siap,” katanya.
Laporan yang dibuat di Balai Polis Kepala Batas itu turut menamakan Pengurus syarikat, Michael Hui sebagai individu yang berurusan ketika proses jual beli bas.
“Saya akan viralkan dalam fb, tuan-tuan tolong support saya dan cari Michael Hui untuk dapatkan bas yang derma daripada orang ramai,” katanya dalam video yang berdurasi 32 saat.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)