PENGACARA Neelofa akui berasa tertekan kerana sering ditanya soalan berkaitan jodoh dan faktor usianya yang semakin meningkat juga, membuatkan dia kini lebih memikirkan soal berumah tangga.
Namun begitu, menurut Neelofa, dia tidak mahu bersikap terburu-buru untuk membuat keputusan tersebut kerana masih belum mempunyai calon yang sesuai sehingga kini.
“Saya tahu usia semakin meningkat, sebab itu saya memang punyai keinginan untuk berkahwin. Tapi saya tak mahu tergopoh gapah.
“Ada yang kata saya tertekan kerana soal kahwin. Sebenarnya sebab ramai yang bertanya mengenainya, itu yang menyebabkan saya tertekan.
“Mungkin Allah sedang menguji saya. Apabila besar nikmat yang diberikan, dugaan yang mendatang juga besar. Tetapi saya tidak pernah berhenti berdoa agak didatangkan seorang lelaki yang mampu membahagiakan dan boleh membimbing saya,” katanya kepada Projek MMO.
Tambah Neelofa, mungkin kerjayanya sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan juga menjadi salah satu punca ramai lelaki takut untuk mendekatinya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)