SHOPPE

Datuk Red Akui Tak Keluar Modal Duit Pikat Adira

Share:
Datuk Red Akui Tak Keluar Modal Duit Pikat Adira



BERHARAP agar kontroversi masa lalu tidak terus menjadi bahan kecaman dan tohmahan buat kedua-dua isterinya, Datuk Red berkongsi bahawa dia tidak menggunakan wang ringgit bagi memikat isteri keduanya, Adira AF.




Tambah beliau atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, dia terpikat dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Adira sepanjang mengenalinya dan itu yang membuatkan dia mahu menjadikan Adira sebagai isterinya.

“Ketika pertama kali berkenalan dengan Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Saya tidak pernah mewahkan Adira dengan apa-apa material sebelum kami berkahwin.

“Modal saya untuk mendapatkan Adira memang kosong ringgit. Sebab itu saya tak kisah dengan pandangan orang luar, yang penting isteri kedua saya ini seorang yang sangat memahami.

“Satu sahaja permintaan saya, jangan kecam isteri-isteri saya, cukuplah sekadar mengecam saya seorang. Mereka merupakan isteri yang baik dan saya yang suka menimbulkan masalah,” katanya kepada Projek MMO.

Datuk Red juga mengakui kehamilan Adira yang sudah memasuki 10 minggu ini merupakan detik yang indah buat dirinya untuk melupakan semua maslaah yang berlaku dalam rumah tangganya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah