Mereka sanggup masuk ke dalam plastik yang besar dan kemudiannya semua oksigen di dalam plastik itu disedut keluar, sambil gambar mereka dirakamkan.
Idea gila itu diperkenalkan oleh jurugambar Hal Kawaguchi dan meskipun ia berisiko tinggi, permintaan terhadap konsep baru gambar perkahwinan ini telah mendapat sambutan yang hebat.
Menurut Hal, pasangan yang berada di dalam plastik itu perlu menahan nafas selama empat saat sebelum gambar dirakamkan manakala proses keseluruhan, termasuk menyedut keluar oksigen adalah selama 10 saat.
Jika gambar itu lambat dirakamkan dan proses keseluruhan melebihi masa yang ditetapkan, maka ia bakal menjadi `tragedi’ kepada pasangan di dalam plastik terbabit.
“Saya akan menyedut semua udara keluar dan sebelum proses tersebut dijalankan, pasangan pengantin itu akan diberikan penerangan terlebih dahulu.
“Latihan juga diadakan tanpa mereka perlu masuk ke dalam plastik terbabit.
“Dalam keadaan masa yang terlampau terhad ini, saya perlu mengejar masa dan tidak boleh memetik shutter lebih dua kali,” katanya.
Jika tidak, sudah tentu pasangan di dalam plastik itu akan kelemasan namun setakat ini semuanya berjalan dengan baik.,
Hal pertama kali memulakan projek itu sebagai hasil seni namun dia kini menerima permintaan yang tinggi daripada pasangan suami isteri yang mahu menjadikan ia sebagai potret perkahwinan.
“Gambar itu adalah simbolik bahawa mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain dan cuba menjadi satu,’’ katanya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)