Pelakon drama Tundukkan Playboy itu berkata, sejak berhijab imannya tidak tetap dan seperti hilang arah tujuan.
Dia mengakui dirinya masih muda dan keputusan bertudung hadir selepas putus cinta.
Berita Harian melaporkan, dalam tempoh berhijab itu, Uqasha dilemparkan dengan pelbagai kontroversi sehingga ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tidak bertudung.
“Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.
“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya.
Kakak kepada Nelydia Senrose mengakui lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup dalam kepura-puraaan dan bersedia menerima kritikan dengan keputusan yang diambilnya.
Sebelum ini, Uqasha sering dikritik dengan fesyen tudungnya yang pelik dan menimbulkan kecaman dari netizen.
Ini ditambahkan lagi dengan gambar Uqasha yang tidak bertudung dan berpakaian seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand pada sambutan tahun baru bersama adik dan ahli keluarganya yang lain.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)