SHOPPE

Mengerikan Kanak-kanak Perempuan Ini Maut Ditikam Dan Tubuhnya Dikerat Dengan Kejam

Share:
Mengerikan Kanak-kanak Perempuan Ini Maut Ditikam Dan Tubuhnya Dikerat Dengan Kejam

Victoria Martens, ditemui mati  beberapa jam sebelum menyambut  hari lahirnya yang ke-10

ALBUQUERQUE - NEW MEXICO. Seorang wanita berdepan tuduhan membunuh anaknya yang berusia 10 tahun bersama teman lelakinya selepas polis menemui mayat mangsa dalam keadaan mengerikan dalam sebuah apartmen kediaman mereka.




Mangsa berkenaan, Victoria Martens, ditemui mati beberapa jam sebelum menyambut hari lahirnya yang ke-10 dengan anggota tubuhnya dibungkus dalam selimut.

Ibunya, Michelle Martens, 35, bersama teman lelakinya Fabian Gonzales, 31, dan sepupu lelaki berkenaan, Jessica Kelley, 31, kini berdepan tuduhan selepas dipercayai mendera mangsa sehingga mengakibatkan kematiannya.

Selain daripada itu, Gonzales dan Kelley turut berdepan tuduhan jenayah seks terhadap kanak-kanak malang tersebut, lapor Metro.uk.

Polis memaklumkan bahawa Victoria telah disuntik dengan methamphetamine sebelum diserang secara seksual, dicekik, ditikam dan kemudiannya dikerat oleh suspek berkenaan.

Ketua Polis Albuquerque, Gorden Eden berkata, anggotanya telah pergi ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung laporan pergaduhan di mana Michelle memaklumkan bahawa anaknya telah dibunuh sebelum polis menemui mayat mangsa tersebut yang dibunuh secara kejam.

“Ini adalah satu tragedi ngeri untuk masyarakat kita.

Pasangan Kekasih Yang Menbunuh Victoria

“Saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami akan meneruskan keadilan dan memastikan kita menggunakan setiap sumber dalam penyiasatan ini,” katanya.

Difahamkan, Jessica telah menutup mulut Victoria dengan tangannya dan turut menikam perut mangsa selepas Fabian mencekik kanak-kanak itu.

Selepas itu, Fabian dan Jessica dipercayai telah memotong tubuh Victoria.-Sinar Harian




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  wartawan-jalanan




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah