SHOPPE

Peragut Berputih Mata, Diberkas Orang Awam

Share:
Peragut Berputih Mata, Diberkas Orang Awam



KOTA TINGGI – Seorang pemuda terpaksa berputih mata apabila berjaya ditahan orang ramai sejurus selepas meragut seorang wanita berdekatan sebuah bank di Jalan Niaga 1, Bandar Kota Tinggi, di sini malam tadi.





Ketua Polis Daerah Supt Rahmat Othman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.15 malam apabila mangsa berusia 30 tahun itu yang bekerja sebagai peniaga sedang berjalan keseorangan menuju ke gerainya.

“Mangsa baru sahaja keluar dari bank apabila secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang merampas beg duit dan telefon bimbitnya.

“Tersentak dengan tindakan itu, mangsa menjerit meminta tolong dan kebetulan suaminya yang berada di tempat kejadian, bertindak terus mengejar suspek bersama orang awam dan berjaya menahan lelaki tersebut di hadapan sebuah bangunan di Pekan Rabu Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rahmat, suspek seterusnya ditangkap selepas mangsa membuat laporan.

Polis juga telah merampas sebilah pisau, seutas jam tangan berjenama, seunit telefon bimbit, satu set peralatan menghisap dadah dan beg duit berjenama Rubi dari lelaki itu.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga 18 Ogos bagi membantu siasatan bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah