KES curi ketika majlis perkahwinan berlangsung bukanlah perkara baharu berlaku yang pernah kita dengar.
Terbaharu, sebuah video memaparkan seorang lelaki dicekup akibat kantoi mencuri dalam sebuah majlis perkahwinan tersebar menjadi viral menerusi media sosial.
Menerusi video berdurasi 1 minit 13 saat itu, lelaki memakai baju T berwarna kelabu itu dilihat dibawa keluar oleh anggota polis dari rumah pengantin berkenaan.
Ketika dibawa keluar, suspek turut dibelasah oleh seorang lelaki yang dipercayai tetamu majlis berkenaan hingga menyebabkan wajahnya berlumuran darah.
Pun begitu, lokasi dan bilakah waktu kejadian ini tidak pula dinyatakan. Namun, melihat kepada uniform pasukan polis, ia nyata sekali berlaku dalam negara ini.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)