SHOPPE

Perenang Perancis Dilucut Medal Selepas Main Tipu

Share:
Perenang Perancis Dilucut Medal Selepas Main Tipu


PINGAT perak yang diraih perenang Perancis, Aurelie Muller ditarik balik selepas dia didapati bersalah menghalang lawannya, Rachele Bruni dari Itali di garisan penamat dalam Sukan Olimpik Rio 2016.




Daripada rakaman video menunjukkan Aurelie menghalang Bruni daripada menyentuh papan pemuka untuk persaingan acara renang laut terbuka 10 kilometer wanita.


Bruni mendakwa Aurelie telah ‘menenggelamkannya’ sehingga menyebabkannya sukar untuk menyentuh papan pemuka.

Sehubungan penarikan itu, pingat perak kini menjadi milik Bruni sementara pingat emas dimenangi atlet Belanda, Sharon Van Rouwendaal dan tempat ketiga milik perenang Brazil, Poliana Okimoto.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah