SHOPPE

Surat Lin Dan Kepada Chong Wei Hanya Imaginasi

Share:
Surat Lin Dan Kepada Chong Wei Hanya Imaginasi


SURAT menyentuh hati yang dikatakan di tulis oleh pemain badminton dari China, Lin Dan kepada Datuk Lee Chong Wei dilaporkan palsu selepas ianya menjadi viral di media sosial baru-baru ini.




Coretan tersebut asalnya ditulis dalam bahasa Cina yang dimuat naik di dailynews.sina.com sebelum diterjemahkan kepada Bahasa Melayu dan Inggeris serta diviralkan di Facebook dan Twitter.


NST yang memetik sebuah portal berita (hype.my) melaporkan artikel asal jelas menulis “如果他們彼此給對方寫一封信的話,他們又會怎麼说呢?” yang bermaksud “Apa yang akan dikatakan jika mereka menulis surat kepada satu sama lain?”

Jelaslah, surat tersebut hanyalah bayangan atau imaginasi seorang penulis atau peminat yang tidak diketahui identitinya.

Antara isi kandungan surat tersebut yang dikatakan di tulis Lin Dan “Saya tidak menyesal mengenali kamu dan bersaing dengan kamu selama ini. Terima kasih Lee Chong Wei!”

Surat tersebut bukan sahaja menyentuh hati rakyat Malaysia tetapi juga tersebar di peringkat antarabangsa.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah