SHOPPE

Padah Pendawaian Haram!!!...Rentung Direnjat Talian Elektrik Haram Di Bukit

Share:
Padah Pendawaian Haram!!!...Rentung Direnjat Talian Elektrik Haram Di Bukit



KOTA KINABALU – Seorang lelaki ditemui rentung dipercayai akibat terkena renjatan elektrik yang disambung secara haram dalam kejadian di kawasan bukit Kampung Numbak, Menggatal, dekat sini, semalam.




Mayat Dudi Pilun, 36, ditemui rentung sebahagian tubuhnya daripada pinggul hingga kaki oleh bapa saudaranya bersama-sama penduduk pada pukul 8.30 pagi.

Harian Metro melaporkan, susulan penemuan mayat terbabit, bapa saudaranya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Alamesra.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mangsa dipercayai keluar rumah Jumaat lalu, mencari kayu untuk dijual kepada penduduk kampung dan sejak itu mangsa tidak pulang ke rumah.

“Mangsa dipercayai maut akibat terkena renjatan elektrik yang disambung secara haram di kawasan berkenaan.

“Setakat ini, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih dijalankan,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah