SHOPPE

Bahaya!!! Peniaga Durian Jaga-Jaga Amukan Pelanggan

Share:
Bahaya!!! Peniaga Durian Jaga-Jaga Amukan Pelanggan



PENIAGA durian perlu berhati-hati apabila menjalankan urusan jual beli dan memastikan kualiti ‘raja buah’ itu berada dalam keadaan baik supaya ‘nyawa’ sendiri pula tidak bercabut.




Terbaharu, seorang pelanggan tidak berpuas hati dengan kualiti durian yang dibelinya bertindak nekad menikam peniaga durian di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang pada Khamis lalu, Ong Ting San, 61, ditikam beberapa kali oleh pelanggannya berusia 60 tahun.

Ting San cedera di rusuk dan belakang akibat tikaman dan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya selepas enam jam kejadian.

Insiden ini berlaku apabila suspek yang tinggal berdekatan dan mengenali peniaga itu membeli beberapa biji durian sebelum hari kejadian.

Suspek mendakwa, satu daripada durian yang dibelinya belum masak dan tidak boleh dimakan serta mahu menukarnya.


Ting San meminta suspek menunjukkan bukti, namun suspek gagal membawa buah yang didakwanya tidak masak menyebabkan mangsa tidak mahu menggantikannya dengan buah baru.

Suspek yang berang mengambil pisau di gerai tersebut dan menikam mangsa sebelum melarikan diri ke rumah berdekatan gerai untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun suspek ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah