SHOPPE

Tak Nak Suami Orang, Ruhainies Rela Kahwini Duda

Share:
Tak Nak Suami Orang, Ruhainies Rela Kahwini Duda



WALAUPUN masih baharu dalam industri hiburan, pelakon Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, sering dilanda kontroversi dan baru-baru namanya memuncak naik apabila dia dikaitkan dengan suami Adira, Datuk Red.




Menurut Ruhainies, dia masih lagi terkesan dengan gossipnya bersama Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dan sekarang dia lebih berhati-hati jika terpaksa berurusan dengan mana-mana lelaki di luar walaupun urusan yang berkaitan dengan kerja.

Tambahnya, buat masa ini dia masih belum mempunyai teman istimewa dan jika dia ingin mendirikan rumah tangga, dia lebih rela berkahwin dengan lelaki yang berstatus duda, tetapi tidak akan merosakkan rumah tangga orang lain.

“Kalau saya ada teman lelaki pun, statusnya bukan suami orang kerana saya tidak mahu mengambil hak orang lain. Jika ditakdirkan bersama duda, saya juga boleh menerimanya.

“Tetapi, bukannya lelaki itu bercerai dan menjadi duda kerana mahu berkahwin dengan saya. Biarlah semasa awal perkenalan lagi lelaki tersebut memang sudah berstatus duda,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Walau bagaimanapun, Ruhainies berkata dia masih belum bersedia untuk berkahwinn dan ingin menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap kerjayanya.

“Buat masa ini saya masih solo dan jika saya ada teman istimewa, saya tidak akan sorok. Tak mahu berahsia dan saya juga belum berfikir untuk kearah itu.

“Buat masa ini, biarlah saya tumpukan perhatian pada kerjaya dan biar saya capai apa yang saya mahukan,” tambahnya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah