Gadis Cantik Bunuh Diri Kerana Digelar Rasis
SEORANG gadis yang juga gimnas berbakat telah membunuh diri kerana takut digelar sebagai rasis disebabkan gambarnya yang diedit berkulit gelap dan memakai skaf, telah disebarkan ke media sosial oleh rakannya.
Phoebe Connop, 16, dari Halesowen, Britain, mengubah gambarnya itu selepas menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Asia yang menerusi media sosial.
Kedua-duanya tidak pernah bertemu jadi Phoebe menyangka dengan menjadikan kulitnya lebih gelap di dalam gambar, maka ibu bapa teman lelakinya itu akan menerimanya.
Perkara berkenaan dikongsi secara privasi dengan rakannya namun mereka telah menyebarkan gambar terbabit, hingga mengakibatkan Phoebe menerima cemuhan.
Akhirnya tanpa berfikir panjang, pada 7 Julai lalu, dia telah menggantung diri di rumahnya dan mayat gadis itu ditemui oleh bapanya, Laurence, 53, yang ketika itu balik ke rumah untuk mengajak anak perempuannya keluar makan.
“Dia adalah seorang gadis yang penyayang dan tidak akan menyakiti sesiapa pun. Tiada tanda-tanda yang ditunjukkan seminggu sebelum kematiannya dan semuanya berjalan dengan lancar,’’ kata bapanya ketika memberikan keterangan di mahkamah dalam inkues yang dijalankan untuk menentukan punca kematiannya.
Mahkamah memutuskan kematian Phoebe adalah disebabkan bunuh diri.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)