SHOPPE

Adira Akur Dan Reda Raya Pertama Tanpa Suami

Share:
Adira Akur Dan Reda Raya Pertama Tanpa Suami



SAMBUTAN hari raya tahun ini merupakan yang pertama bagi penyanyi Adira setelah bergelar seorang isteri.




Namun kerana statusnya sebagai isteri kedua, dia akur dan reda bahawa suaminya akan menyambut hari pertama lebaran itu bersama isteri pertama dahulu.


“Sebagai isteri kedua saya memahami situasi suami. Ia bukan masalah besar buat saya kerana masih dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Ranau, Sabah.

“Walaupun ini tahun pertama kami beraya sebagai pasangan suami isteri, saya reda dan akur.

“Tambahan pula beberapa hari selepas itu suami akan pulang ke Sabah dan meraikannya dengan saya dan keluarga pula,” katanya.

ADIRA DAN SUAMI, DATUK SERI ADNAN ABU.

Menurut sebuah portal, pelantun lagu Ombak Rindu itu mengaku dirinya tidak pandai memasak, namun teruja dapat melaksanakan tugas sebagai isteri dengan menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk suami.

“Walaupun tidak pandai memasak, saya tetap mencuba. Sekurang-kurangnya suami dapat merasa air tangan saya. Sedap atau tidak itu belakang kira.

“Buat masa sekarang saya masih dalam proses belajar memasak.

“Sedikit pun saya tidak berasa malu mengakui perkara ini. Malah ia bukan alasan untuk saya tidak ke dapur,” jelasnya.

Adira atau Siti Adira Bt. Suhaimi berkahwin dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla Thailand, Disember tahun lalu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah