SIAPA tidak kenal dengan komposer terkenal dari Indonesia, Ahmad Dhani yang juga merupakan ahli kumpulan ternama Dewa 19.
Komposer berbakat besar ini juga dikenali sebagai seorang yang agak ‘lantang’ dalam berbicara apabila baru-baru ini dia mengeluarkan kenyataan menerusi laman makro Twitter bahawa babi adalah halal untuk dimakan.
Menurutnya, daging babi adalah halal untuk dimakan sekiranya ia bersih dan dimakan dengan niat yang baik.
Pemilik nama penuh Dhani Ahmad Prasetyo ini juga didakwa membela anjing sebagai binatang peliharaan di rumahnya.
Kenyataan ‘panas’ dari Dhani, 44, itu pantas meraih perhatian netizen beragama Islam di Indonesia yang tidak bersetuju dengan pandangan peribadinya itu.
Dia malah menyifatkan langkah sekatan ke atas dua haiwan najis berat mughallazah itu sebagai satu perbuatan umat Islam yang tidak bertamadun.
Susulan itu, netizen yang berang lantas memerlinya ada masalah penyakit saraf gara-gara ‘keceluparannya’ status yang ditulisnya itu selain menyifatkan makan daging babi sudah menjadi amalan dan tradisi di kalangan ahli keluarganya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)