KOMPOSER Ajai atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Maas, 40, terpaksa menutup restorannya, Asam Pedas Hirup kerana terdapat pekerja yang mengambil kesempatan di restoran miliknya.
Ajai membuat keputusan secara drastik untuk menutup sementara kedainya itu dan ia akan dibuka kembali selepas mendapat pekerja yang baharu.
“Saya percaya, kebanyakan masalah dialami oleh peniaga merupakan masalah yang berpunca dari pekerja. Ini merupakan pengalaman pertama saya kerana kali pertama menceburi bidang makanan.
“Pengurus kedai saya mencuri duit yang diperoleh kemudian mereka menjual minyak yang sudah digunakan kepada pihak tertentu tanpa memberitahu kepada saya.
“Itu belum termasuk masalah pekerja datang lambat. Buat masa ini saya ambil keputusan untuk tutup sementara dan akan buka kembali apabila sudah dapat pekerja baharu,” jelasnya kepada BH Online.
Tambah Ajai, dia menjadi perkara itu sebagai pengajaran dan tidak akan berputusa asa kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang masakan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)