SHOPPE

Hati-Hati, Perompak Jadi ‘Penoreh’ Musim Raya Ni

Share:
Hati-Hati, Perompak Jadi ‘Penoreh’ Musim Raya Ni



MENJELANG musim perayaan Aidilfitri, pastinya semua orang teruja untuk membeli-belah barang keperluan serta busana raya yang serba menarik untuk digayakan pada pagi 1 Syawal.




Kalau bab-bab shopping memang tidak dinafikan, kaum wanita yang paling teruja sekali dan kelibat mereka boleh dilihat memenuhi Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) di ibu negara.

Lokasi di pusat bandar raya Kuala Lumpur itu sememangnya terkenal sebagai lokasi membeli-belah paling menjadi tumpuan buat warga ibu kota.

Namun, yang tak sedapnya dalam kemeriahan cari barang keperluan untuk raya, ada beberapa individu jadi mangsa akibat kerakusan pencuri yang semakin hari semakin ‘bijak’ memikirkan cara memperoleh wang dengan cara yang mudah dan cepat.




Di media sosial tersebar aplikasi perbualan WhatsApp seorang mangsa yang ‘menangisi’ kehilangan wang ringgit selepas tidak menyedari begnya ditoreh ketika sedang sibuk membeli-belah di Jalan TAR baru-baru ini.




Dalam orang sibuk-sibuk dan leka cari barang, sempat juga pencuri ni nak tunjuk skil jadi penoreh kan!

Apa-apa pun buat anda semua di luar sana sentiasa berhati-hati dengan barangan berharga anda dan jangan sesekali leka.

Kalau kita leka, dalam sekelip mata barang boleh hilang disebabkan ‘kelicikan’ perompak yang sememangnya hanya menunggu peluang untuk menjalankan aktiviti mereka itu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah