Namun setelah tersedar dari bius, dia terkejut apabila mendapati kesemua gigi di bahagian bawahnya telah pun hilang.
Jessica sebenarnya mempunyai masalah mental terencat, di samping menghidap sawan, membuatkan dia mengalami kesukaran untuk bercakap.
Dia terpaksa diberi ubat bius untuk memastikan mulutnya sentiasa terbuka ketika giginya hendak diperiksa.
Penyakit yang dialami oleh Jessica dikatakan telah membuat pihak klinik sukar hendak memberi rawatan kepadanya sebelum ini, hinggakan masalah sakit giginya berlanjutan dalam tempoh lama.
Oleh kerana tidak tahan melihat anaknya dalam kesakitan, bapanya Brian Madden bertindak meluahkan masalah Jessica di media sosial.
Setelah kisah Jessica tersebar di media tempatan, barulah pihak klinik berkenaan dikatakan benar-benar menjalankan rawatan terhadapnya iaitu pada 23 Jun lalu.
Bagaimanapun, kesemua 14 batang gigi Jessica telah dicabut ketika itu.
Walaupun penderitaan Jessica telah berakhir namun Brian tetap kecewa dengan sikap pengendali klinik berkenaan yang baginya, seolah-olah bersikap sambil lewa.
“Persoalan yang berlegar di fikiran saya sekarang ialah adakah perkara seumpama ini akan terjadi sekiranya Jessica diberikan rawatan lebih awal?” luahnya kecewa kerana anaknya kini kehilangan kesemua gigi bawah.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)