SHOPPE

Bapa Daniel Luah Rasa Sedih Anaknya Mati Didera Isteri Dan Teman Lelaki Isterinya

Share:
Bapa Daniel Luah Rasa Sedih Anaknya Mati Didera Isteri Dan Teman Lelaki Isterinya



SEBELUM ini dunia dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari Singapura, Mohamad Daniel Mohamad Nasser akibat didera ibu kandung dan teman lelakinya.




Penderaan fizikal dan mental yang dilalui adik Daniel selama lima minggu sebelum mengehambuskan nafasnya yang terakhir sememangnya cukup perit untuk ditempuh oleh kanak-kanak sekecil itu.




Bapanya, Mohamad Nasser Abdul Ghani yang berada di penjara semasa kelahiran Daniel meluahkan rasa sedih kerana dia tidak pernah berpeluang untuk berjumpa anaknya semasa anaknya itu masih bernafas.

MOHAMAD NASSER ABDUL GHANI

Semasa di penjara, Nasser mengira setiap detik menunggu hari pembebasannya supaya dia boleh berjumpa dengan Daniel dan memeluk erat anaknya itu.

Tetapi, dia hanya berkesempatan untuk memegang jasad anaknya yang sudah tidak bernyawa.

Daniel meninggal dunia pada 23 November tahun lalu kira-kira sebulan sebelum hari lahir ketiganya, selepas kira-kira 25 hari didera oleh ibu kandungnya sendiri, Zaidah.

“Saya tidak dapat berjumpa dengannya semasa dia masih hidup. Saya hanya berpeluang memegang dan memeluk Daniel ketika dia sudah kaku dan tidak bernyawa lagi,” kata Nasser.

Menurut Nasser, dia telah menghabiskan 18 bulan di penjara dari Disember 2012 sehingga Jun 2014 kerana disabit bersalah bagi kesalahan membabitkan dadah.

Beberapa minggu selepas berada di dalam penjara, Nasser telah diminta oleh seorang pegawai penjara untuk menandatangani dokumen yang mengesahkan dia merupakan seorang bapa kepada budak lelaki bernama Daniel.

Selepas mendapat tahu dia bakal bergelar bapa, Nasser berjanji kepada dirinya bahawa dia akan mencari anaknya itu sejurus selepas selesai menjalani hukuman.

Tetapi, selepas dibebaskan, Nasser mendapati Zaidah tidak lagi menetap di rumah yang lama dan telah berpindah. Nasser menghubungi sahabat Zaidah untuk menjejaki isterinya itu supaya dia boleh berjumpa anaknya.

MOHAMAD DANIEL MOHAMAD NASSER

Setelah setahun berusaha, akhirnya Nasser berputus asa dan menerima hakikat bahawa dia tidak mungkin berjumpa dengan anaknya itu lagi.

Kira-kira lima bulan selepas itu, Nasser akhirnya mendapat berita tentang Daniel daripada seorang pegawai polis yang memaklumkan kepadanya tentang kematian Daniel.

Polis itu juga mengesahkan bahawa Daniel telah meninggal dunia akibat didera oleh Zaidah dan teman lelakinya.

Dengan perasaan sedih dan terkilan dengan kejadian yang menimpa Daniel, Nasser mencekalkan dirinya pada keesokan hari di mana dia berpeluang melihat Daniel buat pertama kali.

“Badan kecil Daniel dipenuhi luka dan lebam-lebam. Saya tidak dapat membayangkan darah daging sendiri disakiti dan diseksa sebegitu,” kata Nasser.

Nasser mengambil mayat Daniel dari hospital pada 30 November namun ia merupakan kali pertama dan terakhir dia melihat anak kandungnya.

Daniel dikebumikan oleh ahlli keluarganya pada hari yang sama, pada waktu petang.

Adik Naseer, Abdul Manaf Al Ansari berkata mereka tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali Daniel, tetapi mereka memastikan Daniel dikebumikan dengan betul dan sempurna.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah