SHOPPE

Hasrat Kembar Miliki Payu Dara Sama Tidak Tercapai

Share:
Hasrat Kembar Miliki Payu Dara Sama Tidak Tercapai



Sepasang kembar yang terlalu obses untuk memiliki bentuk badan yang serupa, telah mengalami kekecewaan selepas dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh melakukan pembedahan bagi menjadikan payu dara mereka kelihatan sama.




Anna dan Lucy DeCinque, 30, dari Perth, Australia, berkongsi segala-galanya termasuk teman lelaki dan lebih dahsyat mereka makan makanan dengan saiz hidangan yang sama agar berat badan mereka selari.

Bagaimanapun tidak semua benda boleh kelihatan sama apabila doktor pembedahan plastik di Amerika Syarikat, Paul Nassif dan Terry Dubrow memberitahu pembedahan payu dara itu tidak boleh dilakukan kerana mereka bukan kembar seiras.

Justeru jika pembedahan itu dilakukan, ia akan menjadikan perbezaan payu dara mereka semakin ketara.




Pasangan kembar terbabit sebelum ini telah membelanjakan hampir £130,000 untuk pembedahan plastik di bahagian mulut, kening palsu dan bulu mata hanya kerana mahu kelihatan sama.


Minggu lepas, Anna dan Lucy telah dinobatkan sebagai `kembar paling menjengkelkan di dunia’.

Mereka juga bercadang untuk menerbitkan kalendar bikini dan berkongsi cerita mengenai kehidupan mereka yang mempunyai kekasih yang sama, semata-mata kerana mahu memiliki anak yang seiras.

“Kami sentiasa bersama….saya rasa seperti tidak wujud jika adik saya tiada bersama. Anda boleh katakan apa sahaja tetapi inilah cara hidup yang kami pilih,’’ kata Anna.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah