SUKAN berakit yang menjadi aktiviti tarikan penduduk warga China kini menyaksikan sekumpulan wanita mula dilatih sebagai anggota penyelamat.
Kesemua calon tersebut bagaimanapun perlu menjalani latihan sengit dengan bimbingan beberapa sami dan mereka hanya memakai bikini.
Menerusi laman Stomp, tersebar beberapa foto aksi-aksi wanita itu sedang berlatih seni mempertahankan diri di Gulongxia Rafting, selatan China.
Di samping itu, mereka juga perlu memahirkan diri dalam gusti air dan dua jenis kungfu bagi melayakkan mereka diambil bekerja oleh sesebuah syarikat.
Latihan tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan fizikal dan melatih mereka supaya mampu berdepan dengan pelbagai cabaran semasa melakukan aktiviti lasak itu.
Menurut laman TouTiau, setelah bergelar penyelamat, mereka akan bertindak sebagai peneman dalam membantu pelancong atau pelawat solo melakukan aktiviti sukan berkayak serta memastikan keselamatan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)