SHOPPE

Gempar! Kejadian Tembak Menembak Di Batu Caves

Share:
Gempar! Kejadian Tembak Menembak Di Batu Caves


DUA mangsa ditembak individu tidak dikenali dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Besar Sunway Batu Caves menghala ke Sri Gombak berhampiran stesen minyak Shell, tengah hari tadi.




Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat keluar dari kereta jenis Nissan sebelum meluru ke arah sebuah Proton Satria warna kuning, membuka pintu pemandu lantas melepaskan tembakan menggunakan pistol.

Suspek kemudiannya menghala ke arah kereta jenis Suzuki berwarna putih, membuka pintu pemandu lalu melepaskan tembakan sebelum melarikan diri menghala ke MRR2.

Kedua-dua mangsa berbangsa India dan berusia lingkungan 30an ditembak di telinga kanan dan pipi kiri serta kepala; segera dikejarkan ke Hospital Selayang.






Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dan motifnya masih disiasat.


Kejadian menyebabkan jalan di persimpangan bawah jejantas expressway Batu Caves ditutup buat sementara waktu.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah