SHOPPE

Wanita Parah Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Share:
Wanita Parah Diragut Ketika Menunggang Motosikal



ALOR SETAR – Seorang wanita cedera parah selepas diragut ketika sedang menunggang motosikal di hadapan Bazar Ramadan Jalan Kuala Sungai, Alor Janggus di sini hari ini.




Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam kejadian pukul 1 petang itu, Nor Ruzanna Shamsudin, 25, sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Mergong dengan menunggang motosikal.




“Sampai di tempat kejadian, seorang lelaki yang menaiki motosikal telah meragut beg mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal. Akibat itu, mangsa gagal mengawal motosikal dan terjatuh manakala suspek melarikan diri.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala turut luka di bahagian muka, kaki dan tangan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Rozi berkata pihaknya sedang mengesan suspek dan meminta saksi yang melihat kejadian tersebut untuk menghubungi polis dan kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Beliau tidak menyatakan barang-barang dalam beg tersebut. – BERNAMA




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah