Gabriel Marshall, 8 tahun, telah dikesan menghidap penyakit tumor otak pada 2015 terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser itu.
Namun pembedahan yang dilakukan meninggalkan kesan parut pada kepala sebelah kanannya. Hal itu menjadikan Gabriel berasa dirinya seolah-olah ‘raksasa’ kerana parut itu.
“Ayah buat tatu sama seperti parut kamu. Sekiranya mereka memandang kamu, mereka akan memandang kita berdua,” kata Josh kepada Gabriel.
Tindakan Josh itu menggembirakan Gabriel, malah anaknya itu sering memberitahu orang ramai bahawa dia dan ayahnya seolah-olah kembar kerana mempunyai parut yang sama.
Gambar yang dimuat naik di laman Instagram @Bamf_nation menjadi viral di laman sosial di negara tersebut malah menerima lebih 181,000 tanda likes.
Tindakan Josh itu telah mendapat perhatian netizen di Internet. Rata-rata memuji tindakan Josh dalam memulihkan kembali kepercayaan dan semangat anaknya itu.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)