SHOPPE

“Dah Tahu Anak Kecil, Tak Payah La Datang Masjid!”

Share:
“Dah Tahu Anak Kecil, Tak Payah La Datang Masjid!”



MENDIDIK anak menerusi pendekatan agama sememangnya begitu digalakkan lebih-lebih lagi pada awal peringkat usia mereka.




Maka, adalah tidak salah membawa anak-anak kecil ke masjid, namun perhatikan juga kelakuan anak itu agar tidak mengganggu jemaah lain yang sedang bersolat.

Mereka haruslah dipantau dan kita sebagai orang dewasa tidak salah hendak menegur, namun tegurlah dengan cara baik, bukannya menghalau mereka balik.

Di laman sosial, kisah mengenai seorang ayah ditengking oleh seorang pakcik akibat anak-anaknya yang terlalu aktif sehingga mengganggu jemaah masjid telah mendapat perhatian meluas netizen di media sosial.

Kami kongsikan semula kisah sebenar seperti yang diceritakan oleh saudari Siddiqah Ekhbal ini agar orang ramai lebih menerima kehadiran kanak-kanak di masjid dengan hati yang terbuka.


“Ruang belakang masjid bising, kedengaran suara pakcik yang sedikit tegang memarahi seorang bapa kepada dua orang anak kecil. Anaknya dalam lingkungan 4 dan 6 tahun. Perempuan.

“Dah tahu anak kecik, tak payah la bawak datang mesjid. Bising, tak pandai nak hormat masjid. Dari tadi lagi aku perhati. Jangan buat masjid macam rumah sendiri.

“Si bapa kelihatan tertunduk-tunduk sambil meminta maaf lalu laju keluar dari bahagian utama masjid. Imam yang tadinya sedang membaca al quran sementara menunggu waktu solat masuk, terpanggil untuk pergi mendekati bapa itu.

“Berlari sedikit dia mengejar bapa yang sedang terkocoh-kocoh memakaikan selipar kepada anak-anaknya. Terlihat air mata pada wajah bapa itu. Imam memberi salam, dan mengajak si bapa duduk sebentar di kerusi luar bahagian utama solat, lalu bertanya kenapa.

“Tidak semena mena si bapa menangis terduduk di situ. Esakannya tidak gagal memenuhi ruang itu. Tidak dipedulikan renungan orang yang lalu lalang. Seperti sudah lama tangisan itu tertahan, dan hari ini ia dihamburkan semahu mungkin.

“Saya tak tahu nak buat apa lagi pakcik. Saya baru kehilangan isteri empat bulan lepas. Saya rindu dia. Saya baru diberhentikan kerja kerana selalu ambik cuti, anak saya yang bongsu ni sering sakit sakit lepas mak dia takde.

“Masa depan saya kabur. Saya tak boleh nak hantar mereka ke pengasuh. Selepas isteri saya pergi, saya macam dah hilang semua, sekarang saya nak solat pon, air mata makin laju keluar, orang tak bagi. Ujian apa ni pakcik.

“Dipendekkan cerita, imam menenangkan si bapa tadi, lalu mengajaknya masuk semula ke dalam masjid.

“Like literally, kalau imam tu tidak bertindak segera, mungkin ada seorang lagi manusia yang akan berputus asa pada agamanya.

“Be kind, be tolerate. Kalau tak mampu nak dekatkan orang pada agama, jangan jauhkan mereka pada agama.”

P/s: daripada cerita benar. ‪#‎thesunnahthebetter‬




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah