SHOPPE

Budak 12 Tahun Bunuh Diri, Merajuk Kedudukan Kelas

Share:
Budak 12 Tahun Bunuh Diri, Merajuk Kedudukan Kelas



HANYA gara-gara tidak berpuas hati dengan kedudukan dalam kelas, seorang murid lelaki berusia 12 tahun dari Hunan, China, nekad bunuh diri dengan terjun dari bangunan sekolah, baru-baru ini.




Xiao Wu yang tidak berpuas hati dengan tempat duduk dalam kelas terus melompat ke arah tingkap kelas aras empat bangunan tersebut.




Menurut cerita rakannya, Xiao Wu menyusun kerusi dan meja di kelasnya sebelum mereka semua diarahkan bertukar semula tempat duduk apabila gurunya tidak bersetuju dengan susunan yang diaturkan oleh Xiao Wu.



Susulan itu, Xiao Wu menangis dan ditenangkan oleh rakan-rakan sekelasnya sebelum dia nekad terjun ke luar bangunan sekolah.

Xiao Wu disahkan meninggal dunia ketika sampai ke sebuah hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.

Kematian murid itu mengejutkan ibu bapa dan rakan sekelasnya kerana mereka menyifatkannya sebagai pelajar yang ceria serta disenangi ramai.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah