DIAM tak diam, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya seterusnya memberi laluan kepada bulan Syawal.
Ketika ini, pastinya ramai umat Islam yang sudah sibuk mengemas rumah dan menyiapkan kuih muih untuk tetamu yang akan datang.
Seperti tahun-tahun lalu, hari raya Aidilfitri akan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya.
Pun begitu, tidak bererti amalan-amalan baik yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan akan terhenti kerana amalan yang haram ditegah dalam Islam.
Oleh itu, Islam telah memberikan beberapa panduan yang wajar dilaksanakan umat Islam ketika menyambut kemeriahan hari raya.
Lapan cara yang boleh kita amalkan adalah
1. Takbir
Umat Islam sememangnya disunatkan untuk bertakbir bermula waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya.
Takbir dapat menyucikan hati kita dan mengingati Allah SWT.
2. Pakaian
Kita digalakkan memakai pakaian yang baru dan bersih ketika hari raya. Oleh itu, kita disarankan menyediakan pakaian raya awal agar tiada masalah dikemudian hari.
3. Sunat
Terdapat beberapa amalan sunat ketika menyambut hari raya, antaranya memakai wangi-wangian dan mandi sunat hari raya Aidilfitri.
4. Makan
Berbeza dengan hari raya Aidiladha, umat Islam disunatkan untuk menjamah makan sedikit sebelum menunaikan solat hari raya.
5. Perjalanan
Kita digalakkan mengambil jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid. Selain itu, molek kiranya kita dapat menyebarkan salam antara sesama muslim.
6. Ziarah
Semasa hari rayalah, waktu yang terbaik untuk kunjung-mengunjungi saudara yang dekat dan jauh. Pertemuan ini juga digalakkan untuk kita bermaaf-maafan antara satu sama lain.
7. Doa
8. Amalan
Penuhi bulan penuh berkat ini dengan melakukan amalan-amalan mulia seperti berzikir, bersedekah dan membaca Al-Quran.
Untuk lebih jelas, jom tonton video dibawah ini.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)