SHOPPE

Lelaki Bakar Alat Sulit Anak Tiri Kerana Kencing Tilam

Share:
Lelaki Bakar Alat Sulit Anak Tiri Kerana Kencing Tilam



MALANG menimpa kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ini, yang didera oleh bapa tirinya semata-mata kerana dia kencing hingga basah tilam.




Bapa tirinya yang berusia 20 tahun itu telah menggunakan api, dan membakar alat sulit kanak-kanak tersebut sebagai pengajaran.




Aksi tersebut telah dirakamkan oleh jirannya di Limpio, Paraguay. Identiti mangsa dan pelaku jenayah kejam itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Jiran-jirannya juga menyatakan mereka terlalu takut kepada lelaki itu menyebabkan mereka tidak masuk campur untuk menghalang perbuatan kejam berkenaan.

Sebaliknya mereka hanya berani merakamkan video mengenai perbuatan tersebut.

Kanak-kanak itu kini dirawat di hospital kanak-kanak Acosta Nu selepas alat sulitnya melecur.

Susulan kes berkenaan, lelaki berkenaan telah ditangkap. Dia bagaimanapun menafikan perbuatannya.

Ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 21 tahun, baru melahirkan anak dan dia telah diberikan hak jagaan penuh terhadap kanak-kanak itu hingga siasatan selesai.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah