SHOPPE

Gara-Gara Ikan Toman, Laluan Motor Federal Highway Jem!

Share:
Gara-Gara Ikan Toman, Laluan Motor Federal Highway Jem!


PENUNGGANG motosikal yang melalui Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat digemparkan dengan kehadiran seekor ikan toman yang berjaya ditangkap di tasik, tepi lebih raya tersebut.




Ikan toman seberat 10kg itu ditangkap oleh seorang lelaki yang secara kebetulan dikatakan ternampak kelibat ikan tersebut.








Gara-gara insiden itu, ramai penunggang berhenti untuk menyaksikan ikan toman besar yang ditangkap hingga mengakibatkan laluan motosikal menjadi sesak.




Ramai yang terkejut kerana tidak menyangka terdapat ikan toman hidup dalam kolam kecil di tepi lebuhraya itu.

Ini membuatkan ada yang beranggapan bahawa ikan itu dilepaskan individu tertentu ke dalam kolam tersebut.


Dalam pada itu, kesesakan di laluan motor pada hari berkenaan membuatkan penunggang motosikal di belakang menyangkakan terdapat roadblock.

“Dah la aku tengah laju semalam. Roadtax moto pulak ngam-ngam hari Rabu abis tak sempat nak hidupkan. Tiba-tiba jem kat jalan moto. Kelam kabut aku. Rupanye deme tengak bro ni tangkap ikan,” tulis Fitry di Facebook.

Difahamkan, lelaki yang menangkap ikan toman besar itu telah melepaskannya kembali ke kolam tersebut.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah