Insiden kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku berhampiran jejambat Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta mewah yang dipandu Datuk Seri terbabit hilang kawalan akibat dipandu dalam keadaan mabuk.
Difahamkan, Datuk Seri berkenaan terus melarikan diri selepas kemalangan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang wanita berusia 52 tahun yang memandu Proton Preve berkenaan.
Susulan itu kedua-dua kenderaan ditunda ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
“Kemalangan mengakibatkan Proton Preve mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala Ferrari remuk di bahagian hadapan. Kedua-dua pemandu tidak cedera.
“Pemandu kereta mewah itu bagaimanapun tampil di balai polis sebelum diarah menjalani ujian alkohol petang semalam,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub










No comments
Thanks For Comment !!! :)