SHOPPE

Zarina Anjoulie Nekad Bertudung Sepenuhnya

Share:
Zarina Anjoulie Nekad Bertudung Sepenuhnya



PELAKON drama Anak Potianak, Zarina Anjoulie yang sering terpalit dengan kontroversi panas dan tidak senonoh kini telah tampil bertudung.




Menurut sebuah portal, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul yang kini menetap di Brunei mengesahkan bahawa dirinya telah nekad berhijab sepenuhnya.




Terdahulu, Zarina pernah mengaku salah di sebuah mahkamah kerana memiliki dadah dan muat naik perkongsian gambarnya di Instagram turut menyatakan bahawa dia betul-betul mahu berubah.

Di samping itu dia juga mahu menjadi seorang isteri dan Muslim yang lebih baik.

Tambah portal itu lagi, Zarina kini sedang menunggu kelahiran anak sulungnya pada pertengahan bulan Ogos akan datang.




Pelakon Azza Elite turut berkongsi foto-foto Zarina yang telah berhijab di laman Instagram miliknya dan teruja dengan perubahan yang berlaku kepada pelakon dan model itu.

“I suka sangat tengok her face dulu dulu..selalu tengok her gambar…suke tau dak..she so pretty..now terjumpa kat Brunei with her new image.

“MasyaAllah she look extra gorgeous..cantik sangat sayang…my dear @zarina_anjoulie kakza doakan u bahagia hingga syurga..love her..,” luah Azza.



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah