SHOPPE

Ivanka Trump Dituduh Curi Rekaan Kasut Itali

Share:
Ivanka Trump Dituduh Curi Rekaan Kasut Itali



NEW YORK – Anak perempuan calon presiden Republikan, Donald Trump, berhadapan masalah besar kerana didakwa mencuri rekaan kasut untuk keluaran pakaian dan aksesori dari seorang pereka terkenal Itali.




Jenama mewah Aquazzura memfailkan saman di Manhattan terhadap Ivanka Trump dan pengeluar, Marc Fisher Footwear, bagi pelanggaran hak cipta pakaian, persaingan secara tidak adil dan amalan perdagangan

Syarikat Itali berkenaan berkata,




Ivanka ‘meniru hampir setiap butiran’ kasut Wild Thing jenama itu yang terkenal dari segi bentuk hingga bahagian menutup jari kaki. Pengeluarnya menolak dakwaan reka bentuk kasut Ivanka Trump itu ditiru.

“Ia adalah saman tidak berasas bertujuan menarik perhatian.

“Kasut yang menjadi persoalan menunjukkan gaya fesyen, bukan subjek kepada undang-undang perlindungan harta intelektual dan ada gaya sama dihasilkan beberapa jenama besar lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Marc Fisher Footwear, Matthew Burris.

Kasut Wild Thing keluaran Aquazzura segera menjadi terkenal, menjadi kegemaran bintang termasuk pelakon Jamie Chung, penyanyi Solange Knowles dan model Kendall Jenner, yang dijual pada harga AS$785 (RM3,142).

Kasut ‘Hettie’ keluaran Ivanka Trump, yang didakwa jenama Itali itu meniru rekaan mereka, berharga AS$145 (RM579). – AFP/BH Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah