SHOPPE

Ezzaty Abdullah Tak Mahu Jumpa Azwan Sehingga Nikah

Share:
Ezzaty Abdullah Tak Mahu Jumpa Azwan Sehingga Nikah



EZATTY Abdullah bakal mendirikan rumah tangga pada Syawal nanti sebelum ini berkata, dia mahu mendekatkan dirinya kepada Allah sebelum bergelar isteri kepada Azwan Kombos.




Malahan dia juga akan menjadikan Islam sebagai asas perkahwinan mereka.




Dan kini, bagi mencegah dari berlakunya perkara yang tidak diingini, pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk tidak berjumpa selama sebulan sehingga hari perkahwinan mereka.

“Orang kata semasa berdarah manis tidak elok selalu berjumpa dan saya memang mahu kami jarang berjumpa sebelum dinikahkan. Dalam masa terdekat ini, macam-macam perkara boleh berlaku.

“Kami mahu mengelak sebarang kemungkinan perkara buruk yang boleh terjadi sehingga hari pernikahan kami nanti,” kata Ezzaty kepada Berita Harian Online.

“Bagi saya, jika orang yang lebih tua memberikan nasihat mengenai perkahwinan, kita perlu mengambil serius perkara itu. Mereka lebih mengetahui tentang alam perkahwinan.

“Saya harap segala nasihat yang diberikan kepada saya akan saya laksanakan dengan baik,” tambahnya.

Ezzaty dan Azwan bakal bernikah di kediaman keluarga Ezzaty yang terletak di Pahang dan majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung pada hari yang sama, di sebelah petang.

Majlis resepsi di Kuala Lumpur pula akan diadakan pada keesokan harinya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah