SHOPPE

Roller Coaster Terkeluar Rel, 10 Mangsa Masuk Hospital

Share:
Roller Coaster Terkeluar Rel, 10 Mangsa Masuk Hospital



SEPULUH mangsa dilaporkan cedera apabila beberapa gerabak roller coaster yang dinaiki di sebuah taman teman di Motherwell, Scotland terkeluar dari landasan, lewat petang semalam.




Saksi di tempat kejadian mengatakan bahawa suasana menjadi tegang dan riuh  apabila perkara tersebut berlaku dan ramai yang berpusu-pusu memberikan pertolongan kepada mangsa yang cedera.




Mengikut laporan pihak polis, kesemua mangsa yang terdiri daripada dua dewasa dan lapan kanak-kanak telah dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

“Maklumat mangsa akan diumumkan dalam masa terdekat dan kini kesemua mangsa sedang dalam pemerhatian doktor,” kata seorang pegawai polis tempatan.

Roller coaster yang dipanggil Tsunami itu bergerak pada kelajuan 40 batu sejam dan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menaikinya, menurut laman sesawang taman tema tersebut.

Dalam satu kenyataan, pihak taman tema tersebut berkata bahawa taman itu akan ditutup sehingga diberitahu kerana ia merupakan satu insiden yang serius.

Siasatan polis tentang kejadian yang berlaku juga sedang dijalankan sehingga kini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah