BEIJING – Video sekumpulan pekerja bank dirotan di atas pentas akibat tidak ‘berusaha lebih’ di dalam pekerjaan, mengundang kritikan daripada netizen tempatan di negara itu.
Lapan kakitangan Rural Commercial Bank di Changzi, wilayah Shanxi itu dikatakan tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang sehingga menyebabkan mereka dihukum oleh pengurus di hadapan orang ramai dalam satu majlis.
Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 14 saat, mereka sebelum menerima ‘hukuman’ memalukan itu, pengurus lelaki berkenaan dilihat bertanya sama ada kelapan-lapan mereka layak menerima hukuman tersebut atau tidak.
“Saya tidak kerja dengan bersungguh-sungguh,” kata seorang pekerja.
“Saya tak cukup berani lagi,” balas seorang lagi.
“Sediakan punggung kamu!” kata pengurus itu sebelum merotan kelapan-lapan pekerja tersebut berulang-ulang kali.
Bagaimanapun, pihak bank berkenaan telah membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian terbabit dan mengesahkan video itu dirakam dalam sesi latihan ‘Breakthrough in Performance’ yang melibatkan 200 staf mereka.
Pihak Rural Commercial Bank dilaporkan begitu terkejut dengan cara didikan pengurus berkenaan dan sesi latihan tersebut telah dibatalkan dengan serta merta.
Menurut laporan akhbar South China Morning Post, pengurus yang membedal punggung pekerja adalah seorang jurulatih dari Shanghai Hongfeng Leadership Academy.
Jurulatih itu, Jiang Yang itu telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada orang ramai dan berkata dia bertindak sedemikian kerana cuba ‘membangunkan’ cara pekerja berfikir dan menggalakkan mereka untuk lebih kompetitif.
Beijing Times pula melaporkan, seorang sumber yang enggan dikenali berkata Jiang mengenakan caj sebanyak 100,000 yuan (RM61,240) sehari untuk sesi latihan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)