SHOPPE

Foto Terbaharu Anak Yusry Curi Tumpuan Ramai

Share:
Foto Terbaharu Anak Yusry Curi Tumpuan Ramai


SETELAH sekian lama dinanti-nantikan peminat akhirnya pengarah, penyanyi dan pelakon Yusry berkongsi gambar anak sulung bersama Lisa Surihani di laman Instagramnya, baru-baru ini.




Gambar itu dimuat naik sempena hari jadi Yusry yang ke-43 tahun.




Menerusi gambar itu, Yusry dalam kapsyennya menulis ucapan terima kasih kepada Lisa kerana menjadikan hari jadinya kali ini lebih bermakna dengan kehadiran anak mereka, Yahaira Leanne.





Gambar Yahaira yang kini sudah berusia 9 bulan ternyata mencuri tumpuan peminat pasangan ini yang sudah lama menanti mahu melihat wajah bayi mereka.

Rata-rata peminat meninggalkan komen memuji kecomelan anak pasangan terkenal ini.


Pasangan ini pernah memuat naik gambar Yahaira buat pertama kali lama dahulu, namun hanya dari pandangan sisi.

Umum mengetahui, tidak seperti selebriti lain Yusry dan Lisa mengambil pendekatan berbeza dengan membuat keputusan tidak mahu mendedahkan wajah anak mereka kerana mahukan privasi.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah