SHOPPE

Hakim Bergambar Separuh Bogel Minta Maaf

Share:
Hakim Bergambar Separuh Bogel Minta Maaf



TOKYO – Seorang hakim Jepun yang memuat naik gambar separuh bogel dirinya terikat dengan tali menerusi laman Twitter, memohon maaf kerana berkelakuan “tidak senonoh”.




Hakim Mahkamah Tinggi Tokyo, Kiichi Okaguchi, 50, ditegur pihak atasan selepas memuat naik gambar dirinya terikat dengan hanya memakai seluar dalam.




“Seorang ratu S&M (pengamal yang menggunakan kesakitan sebagai perangsang seksual) datang ke bar itu selepas ia ditutup.

“Jadi, saya menjadi subjek uji kaji beliau dan diikat,” katanya dalam kicaun itu yang turut memaparkan gambar tidak senonoh, dan dilaporkan diambil di premis berkenaan.

Pengarah Mahkamah Tinggi, Saburo Tokura, menegur perbuatan hakim terbabit .

Okaguchi, graduan berprestij dari Universiti Tokyo dan pengarang beberapa buku panduan mengenai undang-undang sivil, berkata beliau kesal “kerana menyebabkan masalah” itu.

Beliau juga berjanji tidak akan menyiarkan tweet seperti itu lagi dan bernasib baik kerana tidak dibuang kerja.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah